Kuantan Pahang Malaysia Wedding Photographer | Jurufoto Kuantan Pahang

Kuantan Wedding : Eja & Nik

9 03 2010

Salam,

Semenjak menguruskan Gezzeg Photowork ni, masa jadi semakin berharga, banyak kederat dilimpahkan untuk menyampaikan hasil yang terbaik untuk semua..tak kira siapa, pada kami anda dan majlis anda adalah yang paling berharga.

Setakat ketika update ni ditulis, saya dah mengadap 8 album back to back tanpa henti..perasaan saya, macam nak nangis..kekekkeek…tapi bila tgk je wajah2 pengantin dan keindahan majlis, terubat laa sedikit rasa hati ni.

Eja & Nik, pasangan tinggi lampai!!Eja rasa2 ada 170cm, campor heel 3 inci..waaaaa!! Ayu manis bila terkena sentuhan magik dari Kak Uji’s..Nik, cool dan tenang, lembut je bila dorang ni berbual sama sendiri…saya doakan korang maintain cool sampai syurga. :D

Paling best kat event ni, sesi karaoke!!PENUHHHHHH!!ahahahahaha, ramai bakat2 terpendam kat Bkt Sagu ni.

So, kat sini ada sekelumit update utk anda kongsi bersama, sori, dalam keadaan sekarang, susah nak up galleri. Harap2, dapat lah jumpa designer utk tolong ringankan beban.

Tq

Salam,

Tom Ramzul

PS # Dalam keadaan sekarang, saya sukat dihubungi melalui telefon, so sila tinggalkan sms atau email dan saya akan call secepat mungkin.

016 930 4005



Kuantan Wedding : Iqram & Helena

19 02 2010

Last job 2009, few week je before new year.

Iqram & Halene, outdoor di Sg Lembing.

Sneak preview sementara galleri tak siap lagi. Teruskan melawat web ini, atau bookmark utk sebarang update.

Citer sket la pasal Sg Lembing eh?
Merupakan bekas bandar lombong biji yang terbesar di..rasanya Asia, tapi yang pasti terbesar di Kuantan..hehe

Skrg ni, bandar Sg Lembing, mengekalkan element2 klasik. Mempunyai banyak jambatan gantung, landscape semulajadi, sungai, jeram dan rumah2 klasik. Menjadikan Sg Lembing, destinasi foto yang lengkap dan menarik.

Kalau dah sampai sini, jgn lupa cuba Mee Bandung, kat Jambatan gantung yang pertama, sebelum memasuki bandar. Sedapppp! Next time, kalo gi sana, saya akan wat review sket pasal mee bandung nih.

Kat sini ada banyak lokasi berkelah, ada Sg Tanjung Pasir, Sg Jin dan jeram2 yang cantik dan air dia jernih.

Enjoy



Kuantan Wedding : Shah & Zi

19 02 2010

Salam,

Antara job awal tahun 2010,

Shah & Zi merupakan perasmi kamera baru saya.. :D

Walaupun serba kekurangan, pada hari tu, syukur, dapat juga melaksanakan kerja dengan baik. Dengan bantuan dari tali barut KWP – Rizal & junior Ijam, 3 photog nak cover wedding, HAVOOOCCCCC!!

WEdding ni special, dan klasik..siap ada penari & mlm joget lambak lagi..sesi karaoke??cemas meletop PA sistem abg Dj kita, pasal tak benti2 orang nak nyanyi!!memang meriah habisssss!!

Kami di KWP, mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Shah & Zi!!

Anda bila lagi? Tak lama dahhhh?? elok la tu, book cepat!!jgn melepas…sebarang kerugian dan kehampaan kerana tak amik kami jadi official photog tidak ditanggung dan sebarang See U in Court hanya di layan di badminton court tiap2 selasa jam 11mlm kat dewan badminton Persatuan Badminton Pahang di Indera Mahkota sahaja.

Thanks n jgn lupa, bookmark web ni dah singgah lagi..



Kuantan Wedding : Razmee & Ija

18 02 2010

Salam,
Razmee & Ija, dinikahkan di Temerloh dan majlis resepsi dibuat di Dewan Belia & Sukan IM.

Pagi-pagi lagi saya dah siap sedia, bersemangat pulak, sebab nak test camera baru shoot dalam dewan.

Kol 11, gi hotel dulu, cover gambar mekap by Kak Mala,then dalam kol 12, saya tinggalkan pengantin utk bersiap dan saya menuju ke Indera Mahkota. OTW gi sana, sempat la singgah jap minum kopi dulu.heheheh.

Jom layan sekeping gambar ni dulu..hehehe..dah siap galleri nanti saya update

IMG_2570



Kuantan Wedding : Din & Afifa

18 02 2010

Salam,

Hehehe, pagi ini ada masa sikit nak update website, so, wat masa ni, saya bg preview je, tunggu galleri bila dah siap nanti ye?

Fifa ni adik kepada Mai & causin kepada Wani..makeup by Ira n andaman by makcik mereka. Fifa seorang bakal guru sekolah menengah, all the best utk Fifa dengan ucapan, banyak2 laa bersabar ye.Din dari Johor skrg ni menetap di Terengganu n bekerja di Kl.

Time posting ini dibuat, sesi outdoor mereka belum dibuat lagi..(sesi outdoor? YA, sesi outdoor percuma*).

So, plannya nak gi Putrajaya weekend ni, shoot kat sana.

Stop dulu kat sini, len kali sambung lagi..thanks!

Happy CNY to all yang celebrete.. (kawan aku nama dia Ahmad Sofian , sama je celebret, mercun dia yang lebih2 main, pastu cuti sampai seminggu…)

fifadin



Shootn @ ENg Lai

22 01 2010

Salam,
Hi,

Sori sebab dah lama tak update, mula-mula, kene hack, then ada script error lepas tu stremyx selalu down. Lately ni semua dah setel, so boleh la kejar balik semua yang belum update.

Sesi ni, bersama Uji Rashid Andaman dengan 8 persalinan.

Thanks to Jeremy dari Eng Lai dan semua staf dah pengurusan Eng Lai kerana banyak membantu menjayakan sesi ini.

Talent pada hari itu, Fiza, Fatin, Pija, Nani & Fakrul..tema shooting dan pakaian, elegant.

Hope u all enjoy the fotos.

Thanks
Tom Ramzul
mr.ramzul@tomramzul.com
016 930 4005



Kuantan Wedding Photographer : Yana & Saiful

5 12 2009

Salam, dah lama tak up, bukan apa, bz sikit since jadi bapak ni. My wife selamat deliver a lovely beautiful princess named Kasih Qhadijah.

Proceed to post, Liyana & Saiful dinikahkan di Masjid Saidina Umar al-Khatab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan. Masjid yang cantik.

Alhamdulillah, cuaca time tu tak la hujan dan tak la panas, sedang2 aje.

Saiful dengan sekali lafaz je, berjaya jadi Suami kepada Liyana. Dinikahkan lepas solat Asar.

Event ni meriah dengan rakan2 yang sporting sanggup tunggu dari awal sampai habis majlis. Ingatkan nak terus wat outdoor, sekali petang tu tiba2 hujan lebat tak hingat. Ngam2 lepas habis majlis.

Klik Gambar Untuk Ke Gallery
DSC_2567

DSC_2806



Modelling Photographer : Shahputra Runway Show

15 11 2009

Hi, last night i have a chance to shoot Shahputra Fashion Show for final year students. I am impress with all the design and creation and also, impress by some models that could deliver great impression on runway.

Here’s some of the photos taken. And, in my opinion, i think next time, they should consult a photographer or lighting man for the runway stage light setup.

Overall, it is a great event. Congratulation to all Shahputra lectures and student for a job well done.

Klik Image For Photo Gallery
DSC_0846



Studio Photography : Kosma Travel Sdn Bhd Board Director

12 11 2009
Board DIrector

Board DIrector



Kuantan Wedding : Maiziera & Wan di Taman Gelora

3 11 2009
Di Taman Gelora

Di Taman Gelora

Maiziera & Wan bergambar di Tmn Gelora

Salam,

Ingat lagi Maiziera & Wan? Weekend baru2 ni, saya shoot outdoor mereka di Taman Gelora. Hajat nak bawa ke Sg Lembing, tetapi disebabkan oleh cuaca tak menentu, terpaksa tukar ke Taman Gelora.

Pukul 1tgh, saya pergi ke Ira Beauty, waktu tu, Ira tengah make-up Mai. Mai, Wan datang dengan 2 orang anak buah mereka.

Mula-mula tu, takut juga, sebab langit macam mendung je, tapi Alhamdulillah, cuaca kembali cerah lepas pukul 4petang. Ada la hujan rebas-rebas turun.

Dari Taman Gelora, kami pergi ke Tembeling Resort. Dan pukul 6petang, sesi pun tamat.

So, enjoy gambar2 mereka.

KLIK DISINI UNTUK KE GALLERI WAN & MAI

Nak outdoor macam Maizira & Wan?
Tom Ramzul
0169304005
mr.ramzul@tomramzul.com
Kuantan Pahang Malaysia Wedding Photographer
Jurufoto Kuantan Pahang Malaysia